Hai (^_^) bertemu kembali kita . Hmm terlebih rajin laa pulak aii hari ni nak hupdate blog ni . Hahahahaha ==' . Macam yang pernah aii cakap kat entry tempoh hari berkaitan kolej yang aii belajar sekarang ni . Haaaaa mesti ada diantara adik2 lepasan SPM yang pernah dengar nama Murni International College(MIC) kan ? Atau nama dahulu kalanya Murni Nursing College(MNC) . Mengikut pembacaan dan pencarian aii kolej ni ditubuhkan pada tahun 2004 . Diasaskan oleh Dr. Ridhwan Shoib dan Dr. Abdul Rahman Mt Dali. Memulakan operasinya di Bandar Baru Bangi,Selangor sekarang ni tempat Hospital Islam Az-Zahrah tu . Mereka beroperasi selama 2 tahun tak silap aii . Sebelum berhijrah ke Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan pada tahun akhir tahun 2005 sehingga sekarang . Kolej ni pada awalnya hanya menawarkan kursus/bidang dalam Sains Kejururawatan(NURSING) sahaja . Melihat pada perkembangan yang positif terhadap kursus tersebut pengasasnya telah membuat keputusan untuk menambah satu lagi kursus iaitu Pembantu Perubatan(MA) . Kedua-dua kursus ini telah mendapat pengiktirafan kelulusan penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia(MQA) dan pengiktirafan daripada Lembaga Jururawat Malaysia(LJM) dan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia(LPPM) serta mendapat pengiktirafan daripada Hospital Islam Az-Zahrah . Untuk kursus Nursing dan MA memasing mempunyai 6 semester/3 tahun . Kolej ini jugak pernah menandatangani MoU bersama UniKL bagi graduan kolej ini untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah dan sebagainya . Menarik kan ? Aii pun jatuh cinta dengan kursus-kursus tu tapi apakan daya SPM aii mereject aii terus keluar gelanggang daripada memilih kursus-kursus tersebut . Huhuhuhuhu . Tak pe aii redha je . *Peace* ^_^
TAPIII !!! Ada lagi satu kursus yang ditawarkan kat kolej aii ni dan semestinya lah aii belajar kursus yang tu . Iaitu Pengurusan Penjagaan Kesihatan(HCM). Kursus ni mula dijalankan pada tahun 2013 . Masih baru lagi . Hehehehe . Aii baru batch yang ke 4 ^_^ . Kursus ni pun tak kurang hebatnya jugak tau . Semua kau boleh rasa ! Maksud aii macam ni dalam kursus aii ni (aii cakap pasal HCM je sebab aii budak HCM so aii tau serba sikit laa pasal kursus ni) banyak cabang contohnya kau nak belajar pentadbiran khusus ni ada . Nak belajar pasal Anatomy & Physiology kursus ni ada . Kau nak belajar Mikrobiologi kursus ni ada . Kiranya Kursus ni tak tertumpu kat satu profesion sahaja . Marketing ada Financial ada . Haahh menarik kan ? Lecturer pun semuanya baik-baik belaka . Macam omputeh cakaplaa "what you give, you get back" . Kau buat baik orang balas baik laa kan . Tapi lecturer sini memang cakap betul best n sporting . Hah sebelum aii telupa untuk kursus Healthcare Management atau Pengurusan Penjagaan Kesihatan ni ada 9 semester/3tahun dan kursus ni ada 5 semester panjang dan 4 semester pendek(diselang-selikan setiap sem). Actually ada lagi kursus yang ditawarkan kolej ni macam Accounting, Business and English Language tapi aii tak berapa nak sure dia punya details . Heeeeeeeeeeeee . *Peace* Maklum laaa aii ni Health Science Student kat Nilai Square ^_^ . Ohh yea aii kalau tak salah aii kursus bisnes, account and english tu dijalankan di kampus Putrajaya . For more details you guys may contact Murni International College laa yea . Hehehehe
Meh usha2 iklan-iklan kursus yang ditawarkan di Murni International College .
![]() |
Diploma Kejururawatan / Diploma In Nursing (DIN) |
![]() |
Diploma Pembantu Perubatan / Diploma In Medical Assistant (DMA) |
![]() |
Diploma Pengurusan Penjagaan Kesihatan / Diploma In Healthcare Management (DHCM) |
Haaaa amacam okey ke idok ? Hehehehe . As for me Alhamdulillah it much better for me . Tak kiralah kat mana pun kita belajar . Universiti mana pun kolej mana pun, yang penting untuk kita adalah menuntut ilmu . Betul tak ? . Nadia mintak sangat tolong laa jangan judge kami yang belajar di Kolej-kolej ni . Memasing ada kelebihan dan kekurangan. So, jangan terlalu memilih benda yang kita rasa semuanya nak yang baik-baik je . Sama jugak dengan kolej-kolej/universiti-universiti lain pun mesti ada kekurangan dan kelebihan dia jugak kan . Sama-sama kita menuntut ilmu yea dan enjoys with whatever decision you had done :) . Peringatan untuk diri sendiri jugak bila rasa nak down tu ^_^ . Manusia semua tak sempurna . Macam tu jugak dengan pengurusan mereka manusia bukan robot . Memasing ada kekurangan . Senyum dan terus melangkah. Jangan pernah menoleh ke belakang, sesukar mana pun keputusan yang harus kita ambil jangan pernah menyesal . Redha dan anggaplah ini adalah jalan yang terbaik diaturkan Allah SWT untuk diri kita . :)
Yang mana dah decide nak masuk Murni tu, kami disini mengalu-alukan kedatangan kawan baru . Acewahh ayat . Hehehe.
~~~Dan aii sekarang ni tengah menanti keputusan final sem1 aii . Coti aii pun berbaki 3 hari je lagi . Huaaaaaaaa tak puaih coti doooo T_T . 3/5/16 ni dah naik sem2 . Huuuuuu takut laa pulak >_< . Hmmm okeyhh laa sampai sini je laa bebebelann aii kali ni . Tata~~~
~Nadiatul_Asyikin~