Wednesday, 23 November 2016

Rindu Saat Dulu


Hai korang ☺, apa khabar sihat? Hari ni tetiba rasa macam nak 'campak balik' atau dalam bahas omputehnya "Throwback" gambar yang lama-lama tu. Hahahaha lama laa sangat =='. Rasa rindu kat semua orang jauh, Huhu T_T. Diam tak diam dah hampir setahun dah mentap kat Negeri Sembilan ni. Jujur katakan lebih sayangkan Pulau Pinang daripada sini. Bukan sebab aii lahir kat sana tapi sebab lamanya duduk sana almost 12 years. Since aii masuk kindergarten dah duduk sana. So, memang banyak kenanganlah kat sana. Rindu sayang-sayang saya daripada darjah 3 sampai tingkatan 5 kat Kepala Batas tu. *Ehh tadi kata duduk sana since kindergarten ni macam mana boleh p ke darjah tiga?Kelontong ehh, hahaha. Memang sejak tadika dok Penang tapi dok daerah lain, haa gitu ;)*  Hmm sebab tulaa aii cakap seronok sana lagi daripada sini T_T. Orang cakap bila g 'merantau' ni luas pemandangan kan, emm memang pun banyak cabaran sebenarnya. Bila dah makin besar ni makin banyaklah dugaan dan cabaran hidup untuk mematangkan kita walaupun benda tu kita kadang kita tak boleh terima. Tapi, tulah dipanggil pengalaman yang mematangkan seseorang bernama manusia. Masing-masing punya cabaran tersendiri. 


Apa-apa pun kita sebagai manusia kena terima dengan hati yang terbuka. Pencipta, keluarga, sahabat semua akan terus setia bersama kita saat jatuh bangun kita :'). 



Ni masa hari last tuisyen Seni kat sekolah.

Masa last paper SPM.. Rindu nak pakai baju biru tu :'(. *Perggghh muka aii macam kena bakar je*

Time sengaja gatal datang sekolah even xde paper, sampai kena halau/marah dengan cikgu
Masa ni aii tak tau pun aii dapat satu anugerah khas Anugerah Pengawas Sekolah Terbaik *Serius aii rasa macam tak layak dapat anugerah ni sebab aii tak rasa pun aii bagi komitmen yang baik sepanjang 4 setengah tahun jadi pengawas sekolah merangkap setiausaha.Alhamdulilah rezeki kan*

Majlis Graduasi Tingkatan 5 & Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMKKB 2014

Dengan kesayangan yang dah rapat daripada tahun 5 sekolah rendah sampai tingkatan 5, dalam kelas duduk sebelah-sebelah. G mana-mana pun dengan dia. Sorang pengawas pinjaman buku teks sorang pengawas sekolah. Orang ramai cakap kami ni muka sama & dah macam kembar. Kaklonggg i miss you so much T_T. *Ya,ya aii tau badan aii comel dan yaa aii terima keadaan itu, aii bahagia :) dan sila abaikan environment yang cantik itu :P*



Sungguh aii rindukan semua orang yang ada kat Penang kecuali seseorang tu. Ada rezeki kita berkumpul macam dulu-dulu kay. Aii sentiasa mendoakan kebahagiaan hampa semua. Kenang daku dalam doa kalian. 









Nadiatul_Asyikin

Monday, 7 November 2016

Nak Belajarlah!



Hai peeps! Emmm tajuk kat atas tu dah bagi klu dah pasal apa yang aii nak cakap kan? Yesssss, I wanna continue my delay study! But i've a bit problems :(. Kenapa? Emm pasal PTPTN lah! Apa lagi kan, huhuhu. In fact, i was quited from Murni International College. Is not about the lects,management or subjects. It about my condition are not wells for me to continuing my study there. Entahlah, sakit sebenarnnya bila fikir pasal benda ni. Bukan tak redha tapi tipulah kalau aii cakap aii tak marah bahkan terkilan dengan 'someone' yang bertanggungjawab buat aii berhenti kat situ. Sampai sekarang aii tertanya-tanya kenapa dia buat macam tu kat aii. Tapi takpelah, biar Allah SWT yang balas semuanya :'). 


So, sekarang berhenti punya pasal mendapatlah 13K tu! Macam mana aii nak clearkan 13K tu? dalam masa yang sama aii nak belajar lagi. Memang taklah nak buat pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional or mostly we know as 'PTPTN' . Ye ahh nama aii dah TAK BOLEH diberikan peluang untuk memohon pinjaman daripada perbadanan tersebut sehingga RM12,600.00 itu selesai di bayar. Emmmm, tu semua BUKAN salah perbadanan tu eh dah aii yang berhenti. Jadi, mendapatlah kan! Hahahaha. Tapi tulaa aii bukan sengaja nak berhenti if 'someone' tu tak buat onar berduri dalam hidup aii. Emm sekarang ni aii dah tak tau nak buat pinjaman pendidikan dekat sape lagi. Huhuhuhu :'(.


Aii nak belajarrrrrrrr!! Diploma in Healthcare Management are enjoying course for me along finishing my SPM during 2014. Sebabnya best? Macam-macam kau belajar, business lah, entrepreneur lah (yea aii tau tu memang ada untuk Diploma/Degree subjek Mata Pelajaran Umum/Wajib[MPU/MPW] ^_^) ward management lah, yang pasti semua yang berkaitan dengan Medical lah. MEDICAL isn't a doctor only okay. Please open your minded dars. Huhuhu. Kay-kay jangan laa kecam aii, T_T. Medical ni bidangnya sangat-sangat dan sangat meluas macam jururawat, juru xray, juru makmal perubatan, hatta pengurusan hospital pun di kira sebagai bidang PERUBATAN cuma ianya tidaklah se-gah profession dokter ni. Dan nama lainnya adalah HEALTH SCIENCE untuk program jururawat dan sebagainya. Namun, bidangnya masih meliputi kerja-kerja berkaitan di hospital ;). 


Yeayhhh, dulu aii pun terlibat dalam kemelut 'pelamin anganku musnah' ehhhh bukan pasal kawin laa tapi pasal belajar =,=. Yea laa, rasanya boleh bayangkan dah kalau kita ni dok beria-ia nak jadi dokter since we were childhood, tup-tup masuk kelas bukan aliran sains. Haaaaa tak ke kau frust terbalik semua? Okey kalau bukan korang takpe laa TAPI itu aii, korang. Sedih dia jangan cakap laa kan. Then, suddenly kau dapat tahu yang sebenarnya kau 'masih' punya harapan untuk jadi seperti kau idamkan akan tetapi bukan sebiji atau seiras dengannya. Yes, like MA(Medical Assistant) tu kan macam ala-ala dokter kan. Dengan penampakkan statoskopnya, waaaaaa melting awaaaaa, hakkkksss! Cuma tiada lab coat di badan. Dah nama pun 'ala-ala' memang laa takkan sama =='. Kalau nak jugak sebiji macam dokter tu belajarlah rerajin bagi masuk aliran sains kay. Tapi, tak kesahlah apa profession seseorang itu, sudah semestinya pekerjaan yang mulia. Aii memang minat bidang ni daripada dulu lagi tapi tu laa....... In Shaa ALLAH ada rezeki aii sambung belajar bidang sains kesihatan tu. Aamiin.


Haaaa hari ni first day bebudak SPM,STPM berjuang kan? So, akak wish goodluck you olls semua. Hopely dapat result yang gempak kebabooommmm meletopppp. Aamiin





Nadiatul_Asyikin





Friday, 4 November 2016

Takdir



Hai semua *lambai tangan*, apa khabar? harap semua sihat-sihat saja hendaknya, Aamiin. Emmm lamanya tak berblogging. Huhuhu. Lama tak menaip dan agak terbiar jugaklah blog ni tanpa tertaip baris ayat. Hahaha. 

Tajuk diberi "Takdir", yes, Im now want to sharing about fate. But why? emmm korang mesti pernah diuji kan?. Emm nampaknya aii tengah melalut, mana ada seorang manusia kat bumi ni yang tak pernah melalui dugaan dan ujian bukan?. Langit tak sentiasa cerah beb! Yeahh. Kalau kita asyik bahagia dan gembira je ibaratnya macam kita masak rendang tapi tak letak kerisik, haaa ape rasa? mesti tak 'kik' kan. Hmmm macam tu jugaklah dengan kehidupan tanpa ujian,dugaan dan takdir kita takkan rasa matang.

Tahun 2016 ni aii rasa paling mencabar dan menyeksakan diri aii. Pada awal tahun 2016, semuanya berjalan dengan lancar. Yelah aii pun baru masuk kolej Murni kat Nilai,N9 tu dan family aii pun secara kebetulan pindah N9. Tapiii, masuk pertengahan tahun Allah uji kami semua arwah atok ayah (sebelah ibu) aii kemalangan lepas solat Jumaat bersamaan dengan 5 ramadan (10/6/16). Masa tu, semua tak ada kat kampung. Cuma acik(adik ibu no.2) aii je yang balik kampung, tapi tu pun dah dalam perjalanan balik umah dia kat Semenyih, Selangor. Yang sebetulnya, atok memang sensorang masa kejadian tu. Ibu aii orang pertama dapat tau berita ni. Kami tunggu berita selanjutnya sebelum bagitau maklong(kakak ibu no.1),angah(kakak ibu no.2),pakndak(adik ibu no.1),acik(adik ibu no.2) dan makuda(adik ibu no.3). Ketua Kampung atok ayah aii cakap, MA & ambulance bawa atok ayah aii g Hospital Taiping, Perak. Keadaan arwah memang dorang tak tau, tapi dapat tengok yang luka kat muka sikit dan patah kaki. Allah! masa tu tak tau nak cakap macam mana walaupun masa tu boleh senyum lagi, *kuanghajaq punya cucu* taklaa sebab ingat taknak fikir yang negatif dulu. 


Bila dah dapat tau keadaan yang sebetulnya. Aii ambik tugas sampaikan berita dukacita tu kat grup whatsapp 'Anak Cucu Mat Isa' dalam tu semua ada pakcik,makcik,sepupu,atok saudara pun ada. Ibu pulak telefon pakndak bagitau benda tu. Lepastu, acik aii pulak *emmm yang agak susah sikit sebabnya acik aii bila dapat berita yang mengejut dengan automatiknya dia tak boleh memandu dah* masa tu acik aii dah sampai Tanjung Malim dah kot. Suruh dia bertenang dulu baru drive balik. Alhamdulillah, aciklah orang pertama yang sampai hospital. Kemudian, pakndak. Kami masa tu tengah dalam perjalanan g hospital. Masa acik aii sampai, arwah atok ayah dalam Zon Merah, Allah je yang tau persaan kami masa tu. Kami sampai dalam pukul 5 pagi. Hari tu memang kami (aii,ibu,abang,pakndak,aiman,acik,adik mira) sahur ala kadar je. Risau keadaan atok ayah. Alhamdulillah arwah atok ayah sedar cuma bawah pengaruh ubat tahan sakit, mamai je tapi masih kenal lagi anak cucu dia. Masa tu lega sangat! Esok harinya, atok menjalani pembedahan untuk masukkan Implan dalam peha. Atok ayah patah tulang pinggul dan tulang peha. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Tapi cuma seketika je, lepas 4 hari keadaan atok mula turun. Tekanan darah turun, gula turun, oksigen dalam badan turun sampai pakai topeng oksigen. Aii masa tu dah balik kolej dengan abang aii. Memang rasa hari berlalu lambat sangat! Sepatutnya plan aii dengan nak balik ari Jumaat pagi lepas sahur tapi tukar terus plan hari Khamis petang lepas ambik aii daripada kolej balik rumah then otw balik Perak. Ibu & Abah memang tak bagi ah cita dia balik malam berdua. Tapi fikir apa-apa jadi nanti macam mana kan? *cucu yang biadap ni, fikir sampai sejauh tu!* Huhu. Betul lah nanti kitorang gak yang menyesal. Sampai sana pukul 3-4 pagi macam tu. Masa tu keadaan arwah atok tak banyak berubah, sekejap baik sekejap merundum jatuh. Sampailah hari keluar wad minggu keduanya. Masa tu, aii tak ada sebab kat kolej, tinggal abang dan ibu je yang ada kat hospital. Maklong aii tak sihat, angah aii pulak pakngah tak dapat cuti lanjutan + angah aii jugak sakit, acik aii dah kena mengajar almaklumlah cikgu kan. Huhu. Masa keluar hospital tu terus bawa g umah mak uda aii kat Melaka. Jauh kan sian arwah tapi nak buat macam mana weolls have no choice. Duduk kat umah makuda aii, kami ulang alik every week tengok atok tak pun dua minggu sekali. 


Masa tu jugaklah aii diuji tanpa sedar bila aii kena buatan orang. Demam, sakit kepala, sakit sendi, batuk tak henti-henti. Allahurabbi! demam pulak sehari baik, sehari tak baik langsung! Berlarutan sampai sebulan lebih dann masa tu jugaklah arwah atok Bacha (sebelah abah) meninggal. Allah je yang tau perasaan kami sekeluarga masa tu. Huru-hara jadinya. Selang 2 minggu arwah atok Bacha meninggal, arwah atok ayah pulak menyusul. Aii masa tu dengan sakit teruknya. Dann kedua-dua arwah atok aii , aii tak dapat ikut g pengkebumiaan. Sedih sangat-sangat! Dan aii redha, redha dengan semua takdir. Lepas arwah atok bacha (21/07/16) & atok ayah (31/07/16) meninggal, aii terpaksa berhenti kolej. Yaa, berhenti kolej bukan sebab down dua orang kesayangan pergi tapi kerana sakit 'itu' . Dannnn sekarang aii jadi penganggur terhormat. Nak belajar tapi PTPTN dah sangkut 13K bersamaan 2 Semester pengajian. Sedihnya sampai sekarang terasa tau!. Dahlah tak sempat habis belajar pun lepas tu mendapat pulak 13K tu. Tapi, aii percaya pada kifarah Allah SWT, hidup kita ni tak sentiasa indah bila gembira diatas penderitaan orang lain. Takpelah mungkin tempat tu tak sesuai untuk aii. Dan sekali lagi aii terpaksa mengajar hati dan diri aii untuk redha dengan takdir Allah SWT. Siapa tau nanti aii lagi berjaya daripada orang lain dan dapat sambung belajar balik. Allahumma Aamiin.

Kay lahh. Sampai sini je lah perkongsiaan aii. Tata!


~Nadiatul_Asyikin~

Thursday, 28 April 2016

Mari Berkenalan Dengan Tempat Belajar Nadia ~ Kolej Antarabangsa Murni (MIC)



Hai (^_^) bertemu kembali kita . Hmm terlebih rajin laa pulak aii hari ni nak hupdate blog ni . Hahahahaha ==' . Macam yang pernah aii cakap kat entry tempoh hari berkaitan kolej yang aii belajar sekarang ni . Haaaaa mesti ada diantara adik2 lepasan SPM yang pernah dengar nama Murni International College(MIC) kan ? Atau nama dahulu kalanya Murni Nursing College(MNC) . Mengikut pembacaan dan pencarian aii kolej ni ditubuhkan pada tahun 2004 . Diasaskan oleh Dr. Ridhwan Shoib dan Dr. Abdul Rahman Mt Dali. Memulakan operasinya di Bandar Baru Bangi,Selangor sekarang ni tempat Hospital Islam Az-Zahrah tu . Mereka beroperasi selama 2 tahun tak silap aii . Sebelum berhijrah ke Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan pada tahun akhir tahun 2005 sehingga sekarang . Kolej ni pada awalnya hanya menawarkan kursus/bidang dalam Sains Kejururawatan(NURSING) sahaja . Melihat pada perkembangan yang positif terhadap kursus tersebut pengasasnya telah membuat keputusan untuk menambah satu lagi kursus iaitu Pembantu Perubatan(MA) . Kedua-dua kursus ini telah mendapat pengiktirafan kelulusan penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia(MQA) dan pengiktirafan daripada Lembaga Jururawat Malaysia(LJM) dan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia(LPPM) serta mendapat pengiktirafan daripada Hospital Islam Az-Zahrah . Untuk kursus Nursing dan MA memasing mempunyai 6 semester/3 tahun . Kolej ini jugak pernah menandatangani MoU bersama UniKL bagi graduan kolej ini untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah dan sebagainya . Menarik kan ? Aii pun jatuh cinta dengan kursus-kursus tu tapi apakan daya SPM aii mereject aii terus keluar gelanggang daripada memilih kursus-kursus tersebut . Huhuhuhuhu . Tak pe aii redha je . *Peace* ^_^


TAPIII !!! Ada lagi satu kursus yang ditawarkan kat kolej aii ni dan semestinya lah aii belajar kursus yang tu . Iaitu Pengurusan Penjagaan Kesihatan(HCM). Kursus ni mula dijalankan pada tahun 2013 . Masih baru lagi . Hehehehe . Aii baru batch yang ke 4 ^_^ . Kursus ni pun tak kurang hebatnya jugak tau . Semua kau boleh rasa ! Maksud aii macam ni dalam kursus aii ni (aii cakap pasal HCM je sebab aii budak HCM so aii tau serba sikit laa pasal kursus ni) banyak cabang contohnya kau nak belajar pentadbiran khusus ni ada . Nak belajar pasal Anatomy & Physiology kursus ni ada . Kau nak belajar Mikrobiologi kursus ni ada . Kiranya Kursus ni tak tertumpu kat satu profesion sahaja . Marketing ada Financial ada . Haahh menarik kan ? Lecturer pun semuanya baik-baik belaka . Macam omputeh cakaplaa "what you give, you get back" . Kau buat baik orang balas baik laa kan . Tapi lecturer sini memang cakap betul best n sporting . Hah sebelum aii telupa untuk kursus Healthcare Management atau Pengurusan Penjagaan Kesihatan ni ada 9 semester/3tahun dan kursus ni ada 5 semester panjang dan 4 semester pendek(diselang-selikan setiap sem). Actually ada lagi kursus yang ditawarkan kolej ni macam Accounting, Business and English Language tapi aii tak berapa nak sure dia punya details . Heeeeeeeeeeeee . *Peace*  Maklum laaa aii ni Health Science Student kat Nilai Square ^_^ . Ohh yea aii kalau tak salah aii kursus bisnes, account and english tu dijalankan di kampus Putrajaya . For more details you guys may contact Murni International College laa yea . Hehehehe


Meh usha2 iklan-iklan kursus yang ditawarkan di Murni International College .


 Diploma Kejururawatan / Diploma In Nursing (DIN)
Diploma Pembantu Perubatan / Diploma In Medical Assistant (DMA)

 Diploma Pengurusan Penjagaan Kesihatan / Diploma In Healthcare Management (DHCM)


Haaaa amacam okey ke idok ? Hehehehe . As for me Alhamdulillah it much better for me . Tak kiralah kat mana pun kita belajar . Universiti mana pun kolej mana pun, yang penting untuk kita adalah menuntut ilmu . Betul tak ? . Nadia mintak sangat tolong laa jangan judge kami yang belajar di Kolej-kolej ni . Memasing ada kelebihan dan kekurangan. So, jangan terlalu memilih benda yang kita rasa semuanya nak yang baik-baik je . Sama jugak dengan kolej-kolej/universiti-universiti lain pun mesti ada kekurangan dan kelebihan dia jugak kan . Sama-sama kita menuntut ilmu yea dan enjoys with whatever decision you had done :) . Peringatan untuk diri sendiri jugak bila rasa nak down tu ^_^ . Manusia semua tak sempurna . Macam tu jugak dengan pengurusan mereka manusia bukan robot . Memasing ada kekurangan . Senyum dan terus melangkah. Jangan pernah menoleh ke belakang, sesukar mana pun keputusan yang harus kita ambil jangan pernah menyesal . Redha dan anggaplah ini adalah jalan yang terbaik diaturkan Allah SWT untuk diri kita . :)


Yang mana dah decide nak masuk Murni tu, kami disini mengalu-alukan kedatangan kawan baru . Acewahh ayat . Hehehe. 




~~~Dan aii sekarang ni tengah menanti keputusan final sem1 aii . Coti aii pun berbaki 3 hari je lagi . Huaaaaaaaa tak puaih coti doooo T_T . 3/5/16 ni dah naik sem2 . Huuuuuu takut laa pulak >_< . Hmmm okeyhh laa sampai sini je laa bebebelann aii kali ni . Tata~~~



~Nadiatul_Asyikin~




Kenangan Di Hospital Pulau Pinang



Hai semua . Apa khabaq semua ? (utagha sikit laa demam Penang dah ni T_T)

Ari ni nak berterobekk laa sikit . Hehehehe . Bukan sebab rindu tapi sebab tanak kenangan tu diterbangkan dek angin yang tanak buat RnR kejap :P . Hahahaha

Okeyhh let's we starts ! Cerita dia bermula macam ni ..... (Ada keluar awan tak ? Sila cari awan tersebut :P) 


****Flashback Mood****


Pada 11/5/15 (Isnin) pagi sepatutnya aii perlu di'admit'kan ke wad C12 (Wad Wanita Ortho) GH Penang tapi aii dengan ibu aii saja lewatkan nak admit wad tu . Hahahahaha . Sebab ? Sebabnya Doc tak cakap pun suruh admit pukul berapa :D . Hahahahaha . So, aii dengan ibu buat lambat2 laa . Daripada Kepala Batas, Penang ke seberang pulau tu ambik masa setengah jam lebih jugak laa . Sampai sana dalam tengah hari . So, ibu decide makan dulu sebelum admit . Yelaaa bila kau dah admit kau tak leh nak keluar dah . Sedihhh -_- . Kenapa tak boleh ? actually boleh je nak keluar . Tapi disebabkan aii ni nak kena standby akan kehadiran Doc bius, Doc pakar Ortho and Doc yang akan incharges aii so kerana terpaksa ku relakan laa menunggu dorang yang sesuka hati je bila dorang nak datang kan . Heeeeeeeee :D . For the first person yang aii jumpa Dr. cina tapi aii lupa nama dia ==' . Sorry Doc, but im still remember your face *peace* *_* . 

Dia yang incharge aii masa tu . Abis dia tanya segala macam mak nenek dia blah . Hahahahaha . Dalam tunggu punya tunggu datang Dr. Bius aii pun datang . Lepas dah settle kerja dia, dia pun beransur pergi . Dalam pukul 6 pm, Pakar Perubatan Orthopedik Dr. Gooi Siew Ghim datang check aii tengok kaki yang nak di 'kerjakan' bersama Ketua Pakar Ortho esok harinya. Hahaha :P. Lepas selesai dia pun pergilah kemana dia nak g tak kan nak tunggu aii pulak kan ? :P . Dannnn akhirnya sebagai penutup kepada kerja kedoktoran tu datang laa kepada aii Dato' Dr. Zulkiflee Osman iaitu Ketua Jabatan Orthopedik Hospital Pulau Pinang aka Dr. Pakar Tulang Kanak-Kanak aka Dr. yg akan mengetuai pembedahan aii . Ehh kanak2? Yelaaa . Aii kan budak lagi . Hahahahahaha *sila muntah hijau* Masa aii refer to him im was a younger girl . Sekarang je dah meningkat remaja . Hahahahaha . 19 tahun dah pun ==' . 

Lepas dia check aii then dia discuss dengan anak-anak buah dia bahagian mana yang nak 'dikerjakan', dia pun nak beransur pergi lah tak kan dia nak temankan aii kot :D . Sebelum dia blah tu ibu aii buat satu cerita yang agak 'lawak' laa jugak . 


~~Perbualan antara ibu dan Dato' bersaksikan aii, abah, kakak2 nurse and abg2 Dr.~~

Ibu : "Dato'! Saya nak balik rumah malam ni, dah xde apa2 lagi kan?"
Dato': "Hmm dah xda apa2 dah. Nak balik ehh? Nak bawa balik anak sekali ke? nak bawak dia balik boleh je. Tapi make sure esok datang sebelum pukul 9am sebab nak masuk air dan pastikan dia puasa start by 12 am tonight. Nurse uruskan persetujuan pesakit untuk balik sementara" 
Aii : "Huhhh *sambil terkedip-kedip mata pandang Dato'* biar betul Dato' ni bagi aii balik umah " 
Nurse & Dr. : "Hmm baik2 Dato' *memasing dalam mood terkejut Dato' bagi keizinan aii balik* Kelam kabut dr. and nurse sediakan paper and ubat (takut aii demam nanti susah aii nak operate) 
Nurse : "Wahhhh untungnya Nadia sebab Dato' bagi layanan istimewa bagi balik umah dan esok baru datang balik sini. Tak pernah tau Dato' bagi arahan macam tu." 
Aii : "Hanya mampu senyum ✌. Hehehehehehehe" 
Ibu : "Adik, ibu sebenarnya nak cakap ibu n abh nak balik dulu tapi dah Dato' cakap macam tu so kita go on je laa yea . Hahahahaha"


So, aii pun balik laa rumah sebelum balik tu g la melantak dulu yea laa lps pukul 12 am dah kena puasa lepas tu nak kena pantang makan pulak lepas operation selama dua bulan . Hamboihh lagak macam orang pantang bersalin je . Ahahahahaha -_-'

Keesokkan harinya(12/05/15- Selasa), aii terlewat sampai wad -,- . Nurse dah call2 takut Dr. Pakar round nak check patient tapi aii xde . ^_^ . Aii sampai2 je terus tukar baju hijau yang menarik tu ==' . Cun2 aii duduk atas katil Dr.2 pun menonjolkan diri . Dr.2 semua tau aii balik kelam kabut memasing cover aii kat Dr. Pakar yang round tu . Hahahahahaha thanks a lot Dr.2 for covering me ^_^'. Lepas tu apa lagi kena pasang branula laa . Hahahaha . Serius tak sakit do . Dr. yg cucuk tu pun terkejut when she was asking me about the pain. Hahahaha . She said "I dont know your range sakit tu tahap mana . Kebal betul" . And I was *smileee* . 

                          

Macam ni laa aii kena tahun lepas . Tapi kan besttttt ooo rasa macam nak kena lagi . Heeeeeeee :D - sources from Moyang Google =_=


So, lepas daripada tu dalam setengah aii kena drip air, sorang akak nurse tu dapat call from OT Hall, dorang cakap tempat aii dan Dr. dah bersedia nak mulakan pembedahan aku . Jyeaaaaahhh . Kuat kot akak nurse tu sebut nama aii dalam phone . Aii pun iya2 g jawab "yea saya" tengok2 dia on the phone daaa . ==' malu aii do . Nasib xde sape dengar . Hahaha . Aii pun call ibu bagi tau yang aii dah kena standby masuk OT Hall sebab masa tu ibu n abh aii g makan kat bawah . Akak nurse bg aii baju putih lagi suci lagi murni tu . And aii be like "hmmmm macam mana aii nak pakai baju tu dah laa kena ikat belakang dah tu tak leh pulak pakai apa2" . Aduhssssss . Malu aii doo . Dah laa majoriti yang handle case aii ni lelaki . Diulangi semula L.E.L.A.K.I . Apa2 pun aii hanya mampu berserah jea laa . Then ibu datang bantu aii pakaikan baju,penutup kepala. And abah aii mula buat muka sayu depan aii . Hahahahahaha . Lepas dah selesai semua tu aii diusung ke OT Hall bertemankan ibu,abah dan dua orang akak nurse . Dalam nak tolak tu boleh pulak strecher rosak + menenong . Hahahaha jenuh jugak laa seimbangkan strecher tu . Sampai kat OT Hall nak masuk tu aii tetiba jadi sebak tengok ibu abah aku walhal operate kaki je pun ==' lepas tu salah sorang akak nurse yang tolak aii masa tu pun nama sama dengan aii 'NADIA', akak nurse tu cakap kat aii "Haipp adik tanak nangis2 nanti tekanan darah naik :)" aii hanya mampu senyum seikhlasnya pada masa tu . Tapi aii ada high risk jugak untuk pergi tak kembali2 dah . Huhuhuhuhu . Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ni :) . Selepas 6 jam aii kat dalam OT Hall tu aii pun mula sedarkan diri, terasa sangat jakun aii disitu tak padan baru sedar ==' . "Ehhh, dahh putih(simen) dah kaki aii ni ? kejap je rasa aii tido" . Hahahahhaha . Walhal punya lama aii kat dalam tu . Sebab aii dibagi General Anaesthatic (GA) yang memang tak sedar langsung masa pembedahan dijalankan . Sebabnya aii terpaksa di tiarap kan . Tu high risk tau kalau jantung aii collapse masa tu boleh menyebabkan aii cakap pergi tak kembali2 tu tadi . Huhuhuhu . Lepas tu aii boleh cakap kat akak nurse yang monitor aii masa tu " Akak sekarang pukul berapa ?" then akak tu jawab dengan lembutnya "Pukul 6 adik :)" okey laa aii pun . Tak lama lepas tu dalam keadaan tengah separa sedar tu aii boleh mintak kat akak tu nak duduk biasa dengan simen yang tak kering lagi . ==' Akak nurse tu cakap tak boleh duduk tapi boleh tinggi kan kepala, aii pun apa lagi laju je laa mengangguknya tu . Hahahahahaha .



Lepas tu, aii ditolak keluar daripada OT Hall untuk kembali balik ke wad c12 . Sebenarnya banyak lagi cerita2 yang aii rasa agak 'lawak' dan best masa aii warded tapi dah panjang sangat entry ni aii rasa . Nanti-nantilah aii sambung masa genap setahun pembedahan ni berlaku (Acewaaahhh siap ada anevessari lagi -_-' Hahahahahaha.) Apa2 pun kenangan sepanjang 3 hari 2 malam (ehhhh macam dah bercuti pulak daa tu pun dah tolak satu malam . Hahahahahaha ==') di GH Penang aka Hospital Pulau Pinang tak kan pernah aii lupakan . Terima kasih kepada semua stuff nurse, akak2 nurse yang sangat2 sporting sepanjang Nadia ada kat wad tu . Terima kasih Dato' Dr. Zulkiflee Osman, Dr. Gooi Siew Ghim, Dr. Hishamuddin, abg2 fisio dan lain-lain Dr. yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pembedahan/warded dulu  dan mencuba memberikan rawatan yang terbaik untuk uoalls punya patient ni . Heeeeeeee . Nadia doa semoga Dr.2 dan Nurse2 dikurniakan pahala dan dipermudahkan segala urusan . Aamiin . Jasa kalian takkan Nadia lupakan . Sedih jugak laa tak dapat ambik gambar sama-sama dulu . Huhuhuhu Tapi xpe doakan Nadia dapat kerja kat GH Penang lepas Nadia abis diploma ni yea Dr.2 sayang nanti boleh ambik gambar banyak2 sampai memori tercabut daripada telefon yea (hiperbola lebih =,=) . Hehehehehe . Aamiin . Allahumma Aamiin :) ;).




~~Sekian saja bebebelannn daripada aii . Ok chau ! Muaahhhhh Setempekk ~~


~Nadiatul_Asyikin~



Wednesday, 27 April 2016

Redha Dengan Ketentuan Yang Maha Esa






Siapa boleh menduga ketentuan Allah SWT kan ? Macam tu jugak dengan aii . Sekarang aii dah melangkah ke alam baru iaitu alam Kolej . Sebelum ni aii banyak diuji Allah SWT . Masuk Pra Universiti aii diuji dengan masalah yang bukan aii sengaja jadikan benda tu wujud . Sakit perit hati masa tu jangan di ungkapkanlah kan . Allah je tahu benda tu . Dengan baru lepas pembedahannya dengan sakitnya . Allahu, tapi aii cuba kuat, cuba bangkit aii apply kolej-kolej yang aii rasa boleh 'dipercayai' macam Lincoln,Mahsa,Picoms,MSU,KPTM . 



Aii ni minat daripada dulu lagi nak jd Dokter tapi yelaa rezeki xde UPSR pn xde cemerlang mana pun . PMR pun sama (ni terus mengheret aii terus keluar daripada cabang kedoktoran yang aii nak tu huhuhuhuhu) sebabnya aii banyak memain =,= dan aii masuk kelas sastera aka Perdagangan + Seni . Memang masa tu aii blur aii kabur tak nampak masa depan dah orang cakap ( amboii org cakap tau bukan aii cakap hehehe) . So, aii pujuk jugak hati supaya sabar, redha dgn ketentuan Allah sampai habis SPM . Lepas je SPM, aii kena jalani pembedahan sikit so aii tak boleh g sekolah (Pra-U)lepas aii rasa okey sikit (sikit je dan masih lg dlm MC) aii gagah jugak g sekolah . Tapiii, tu laa ketentuan Allah SWT sapa boleh sangkal lagi aii ada masalah sikit . Aii akhirnya ambik keputusan berhenti Pra-U. Sedih tu memang laa sedih. Then aii apply yang aii cakap tu . Alhamdulillah semua aii apply aii dapat tapi satu pun aii tak g (nampak tak 'kecerdikkan' aii tu -,- ==') . Aii apply kat Lincoln -Farmasi(dapat), Mahsa -Medical Imaging(dapat),Picoms -Farmasi(dapat), MSU -Pendidikan Awal Kanak-Kanak(dapat/tak minat pun . aii bukan tak suka budak2 aii suka tapi aii kurang minat sikit nak ajo2 ni huhuhuhu), Unisel -PAKK~sama mcm MSU(dapat), UniRAZAK -Asasi Sains Kemanusiaan(dapat), KPTM -Business Management(dapat).




Alhamdulillah rezeki aii kat semua tu ade tapi aii ni jenis pelik sikit . Entah laa. Kewangan parents aii buatkan aii teralit sejenak sampai terlepas tarikh pendaftaran . Hahahahahahahahahahaha ^_^' . Tapi, tapi, tapi aii dapat tawaran daripada Linton University kat Mantin, N9 jugak even aii tak pernah apply pun siap ada biasiswa lagi kau =='. Anddd last tanpa aii duga tanpa aii sangka tengah aii berinterview kat Linton tu kat rumah aii (duduk Penang lagi masa tu) sampai surat tawaran daripada satu kolej ni yang sekarang ni tengah aii sambung belajar ni laa iaitu Murni International College (MIC) dulu dikenali sebagai Murni Nursing College (MNC) . Kat kolej ni aii dapat cos Healthcare Management (tak se-gah mcm Mahsa, Lincoln, Picoms) tapi yang tu laa yang terbuka hati aii untuk terima tawaran tu . Aii sendiri tak tau kenapa . Parents aii pun okey je . Sebab tu mungkin dinamakan KETENTUAN kan ? Sedangkan kolej ni bukan aii apply pun . Orang cakap kan baik buruk tu tempat belajar kita kan so tidak dapat tidak kita kena terima benda tu . Alhamdulillah lagi 4 hari aii akan naik sem 2 . Walaupun sampai sekarang aii tengah berperang dengan perasaan sendiri sebabnya aii suka cakap dan fikir "kenapa aii tolak tawaran Mahsa?" "kenapa aii tolak tawaran Picoms?" dannnnnnnnnnnn aii rasa sampai aii graduate nanti (In Shaa ALLAH .Aamiin) pun tak abis dengan persoalan "kenapa ? kenapa ? kenapa ?" tu . So, apa2 pun aii kena redha dengan ketentuan Allah SWT . DIA lebih tahu mana yang terbaik untuk aii . Aii cuma mampu berdoa semoga perjalanan aii ni Allah atur yang cantik2 . Aamiin . Satu yang aii nampak sekarang Hikmah aii tidak dapat menghabiskan Pra Universiti aii even sem 1 pun ialah :



   1.) Allah aturkan tempat baru untuk aii & family aii. Tahun 2015 aii masih di Penang di tempat kelahiran aii . Sekarang, 2016 aii sekeluarga dah berhijrah ke Negeri Sembilan . Alhamdulillah dekat dengan tempat aii belajar . Indah percaturan Allah SWT . Alhamdulillah . Allahuakbar .


   2.) Dulu aii nak sangat jadi Doktor kan ? tapi tak kesampaian betul tak ? Sekarang alhamdulillah Allah SWT bagi aii rasa kenikmatan berada/belajar dalam bidang Sains Kesihatan(jurusan Perubatan) walaupun tak hebat macam Doctor, Nurse and so on . Tapi tanpa pengurusan/pentadbiran hospital Dr.2 n Nurse2 ni xde   jadual kerja tau ! . Hahahahahaha ;). Eh even aii belajar pengurusan hospital tak bermakna aii tak belajar apa Dr. n Nurse belajar tau . Aii belajar kay ! . Likes Anatomy & Physiology, Microbiology, Pharmacology. Susah korang tahu tak ? tambah2 Anatomy rasa nak masuk ICU . Carpals la Fibula la Tibia la Spongy la Compact la . Hahahahahahahahahahahahahaha (^~^'). Patutlaa yang belajar Medic (cos perubatan) tu ramai yang stresssss . Hahaha . Sis tabikk kat bakal2 Dr . Dr . Termasuk Dr. favourite aii tu(*~*)Hehehehe. Lecturer aii cakap cos aii ni untung sebab boleh masuk semua bidang macam farmasi,medical imaging, laboratory, anaesthatic dan seangkatan dengannya lah . Alhamdulillah . Even sesekali "setan dalam hati pun ikut berbicara" menimbulkan persoalan 'kenapa, kenapa, kenapa' tu haihhh . -,- . Aii redha dengan ketentuanNya . Semua yang berlaku ni diatas ketentuanNya . DIA tahu yang terbaik untuk hambaNYA (fefelling in HIS bleesing ;))



*Sekian sahaja bebebelannn aii kat sini . Tatatatatata . Muahhhhhh selonggok*


~Nadiatul_Asyikin~