Wednesday, 23 November 2016

Rindu Saat Dulu


Hai korang ☺, apa khabar sihat? Hari ni tetiba rasa macam nak 'campak balik' atau dalam bahas omputehnya "Throwback" gambar yang lama-lama tu. Hahahaha lama laa sangat =='. Rasa rindu kat semua orang jauh, Huhu T_T. Diam tak diam dah hampir setahun dah mentap kat Negeri Sembilan ni. Jujur katakan lebih sayangkan Pulau Pinang daripada sini. Bukan sebab aii lahir kat sana tapi sebab lamanya duduk sana almost 12 years. Since aii masuk kindergarten dah duduk sana. So, memang banyak kenanganlah kat sana. Rindu sayang-sayang saya daripada darjah 3 sampai tingkatan 5 kat Kepala Batas tu. *Ehh tadi kata duduk sana since kindergarten ni macam mana boleh p ke darjah tiga?Kelontong ehh, hahaha. Memang sejak tadika dok Penang tapi dok daerah lain, haa gitu ;)*  Hmm sebab tulaa aii cakap seronok sana lagi daripada sini T_T. Orang cakap bila g 'merantau' ni luas pemandangan kan, emm memang pun banyak cabaran sebenarnya. Bila dah makin besar ni makin banyaklah dugaan dan cabaran hidup untuk mematangkan kita walaupun benda tu kita kadang kita tak boleh terima. Tapi, tulah dipanggil pengalaman yang mematangkan seseorang bernama manusia. Masing-masing punya cabaran tersendiri. 


Apa-apa pun kita sebagai manusia kena terima dengan hati yang terbuka. Pencipta, keluarga, sahabat semua akan terus setia bersama kita saat jatuh bangun kita :'). 



Ni masa hari last tuisyen Seni kat sekolah.

Masa last paper SPM.. Rindu nak pakai baju biru tu :'(. *Perggghh muka aii macam kena bakar je*

Time sengaja gatal datang sekolah even xde paper, sampai kena halau/marah dengan cikgu
Masa ni aii tak tau pun aii dapat satu anugerah khas Anugerah Pengawas Sekolah Terbaik *Serius aii rasa macam tak layak dapat anugerah ni sebab aii tak rasa pun aii bagi komitmen yang baik sepanjang 4 setengah tahun jadi pengawas sekolah merangkap setiausaha.Alhamdulilah rezeki kan*

Majlis Graduasi Tingkatan 5 & Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMKKB 2014

Dengan kesayangan yang dah rapat daripada tahun 5 sekolah rendah sampai tingkatan 5, dalam kelas duduk sebelah-sebelah. G mana-mana pun dengan dia. Sorang pengawas pinjaman buku teks sorang pengawas sekolah. Orang ramai cakap kami ni muka sama & dah macam kembar. Kaklonggg i miss you so much T_T. *Ya,ya aii tau badan aii comel dan yaa aii terima keadaan itu, aii bahagia :) dan sila abaikan environment yang cantik itu :P*



Sungguh aii rindukan semua orang yang ada kat Penang kecuali seseorang tu. Ada rezeki kita berkumpul macam dulu-dulu kay. Aii sentiasa mendoakan kebahagiaan hampa semua. Kenang daku dalam doa kalian. 









Nadiatul_Asyikin

No comments:

Post a Comment