Hai semua *lambai tangan*, apa khabar? harap semua sihat-sihat saja hendaknya, Aamiin. Emmm lamanya tak berblogging. Huhuhu. Lama tak menaip dan agak terbiar jugaklah blog ni tanpa tertaip baris ayat. Hahaha.
Tajuk diberi "Takdir", yes, Im now want to sharing about fate. But why? emmm korang mesti pernah diuji kan?. Emm nampaknya aii tengah melalut, mana ada seorang manusia kat bumi ni yang tak pernah melalui dugaan dan ujian bukan?. Langit tak sentiasa cerah beb! Yeahh. Kalau kita asyik bahagia dan gembira je ibaratnya macam kita masak rendang tapi tak letak kerisik, haaa ape rasa? mesti tak 'kik' kan. Hmmm macam tu jugaklah dengan kehidupan tanpa ujian,dugaan dan takdir kita takkan rasa matang.
Tahun 2016 ni aii rasa paling mencabar dan menyeksakan diri aii. Pada awal tahun 2016, semuanya berjalan dengan lancar. Yelah aii pun baru masuk kolej Murni kat Nilai,N9 tu dan family aii pun secara kebetulan pindah N9. Tapiii, masuk pertengahan tahun Allah uji kami semua arwah atok ayah (sebelah ibu) aii kemalangan lepas solat Jumaat bersamaan dengan 5 ramadan (10/6/16). Masa tu, semua tak ada kat kampung. Cuma acik(adik ibu no.2) aii je yang balik kampung, tapi tu pun dah dalam perjalanan balik umah dia kat Semenyih, Selangor. Yang sebetulnya, atok memang sensorang masa kejadian tu. Ibu aii orang pertama dapat tau berita ni. Kami tunggu berita selanjutnya sebelum bagitau maklong(kakak ibu no.1),angah(kakak ibu no.2),pakndak(adik ibu no.1),acik(adik ibu no.2) dan makuda(adik ibu no.3). Ketua Kampung atok ayah aii cakap, MA & ambulance bawa atok ayah aii g Hospital Taiping, Perak. Keadaan arwah memang dorang tak tau, tapi dapat tengok yang luka kat muka sikit dan patah kaki. Allah! masa tu tak tau nak cakap macam mana walaupun masa tu boleh senyum lagi, *kuanghajaq punya cucu* taklaa sebab ingat taknak fikir yang negatif dulu.
Bila dah dapat tau keadaan yang sebetulnya. Aii ambik tugas sampaikan berita dukacita tu kat grup whatsapp 'Anak Cucu Mat Isa' dalam tu semua ada pakcik,makcik,sepupu,atok saudara pun ada. Ibu pulak telefon pakndak bagitau benda tu. Lepastu, acik aii pulak *emmm yang agak susah sikit sebabnya acik aii bila dapat berita yang mengejut dengan automatiknya dia tak boleh memandu dah* masa tu acik aii dah sampai Tanjung Malim dah kot. Suruh dia bertenang dulu baru drive balik. Alhamdulillah, aciklah orang pertama yang sampai hospital. Kemudian, pakndak. Kami masa tu tengah dalam perjalanan g hospital. Masa acik aii sampai, arwah atok ayah dalam Zon Merah, Allah je yang tau persaan kami masa tu. Kami sampai dalam pukul 5 pagi. Hari tu memang kami (aii,ibu,abang,pakndak,aiman,acik,adik mira) sahur ala kadar je. Risau keadaan atok ayah. Alhamdulillah arwah atok ayah sedar cuma bawah pengaruh ubat tahan sakit, mamai je tapi masih kenal lagi anak cucu dia. Masa tu lega sangat! Esok harinya, atok menjalani pembedahan untuk masukkan Implan dalam peha. Atok ayah patah tulang pinggul dan tulang peha. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Tapi cuma seketika je, lepas 4 hari keadaan atok mula turun. Tekanan darah turun, gula turun, oksigen dalam badan turun sampai pakai topeng oksigen. Aii masa tu dah balik kolej dengan abang aii. Memang rasa hari berlalu lambat sangat! Sepatutnya plan aii dengan nak balik ari Jumaat pagi lepas sahur tapi tukar terus plan hari Khamis petang lepas ambik aii daripada kolej balik rumah then otw balik Perak. Ibu & Abah memang tak bagi ah cita dia balik malam berdua. Tapi fikir apa-apa jadi nanti macam mana kan? *cucu yang biadap ni, fikir sampai sejauh tu!* Huhu. Betul lah nanti kitorang gak yang menyesal. Sampai sana pukul 3-4 pagi macam tu. Masa tu keadaan arwah atok tak banyak berubah, sekejap baik sekejap merundum jatuh. Sampailah hari keluar wad minggu keduanya. Masa tu, aii tak ada sebab kat kolej, tinggal abang dan ibu je yang ada kat hospital. Maklong aii tak sihat, angah aii pulak pakngah tak dapat cuti lanjutan + angah aii jugak sakit, acik aii dah kena mengajar almaklumlah cikgu kan. Huhu. Masa keluar hospital tu terus bawa g umah mak uda aii kat Melaka. Jauh kan sian arwah tapi nak buat macam mana weolls have no choice. Duduk kat umah makuda aii, kami ulang alik every week tengok atok tak pun dua minggu sekali.
Masa tu jugaklah aii diuji tanpa sedar bila aii kena buatan orang. Demam, sakit kepala, sakit sendi, batuk tak henti-henti. Allahurabbi! demam pulak sehari baik, sehari tak baik langsung! Berlarutan sampai sebulan lebih dann masa tu jugaklah arwah atok Bacha (sebelah abah) meninggal. Allah je yang tau perasaan kami sekeluarga masa tu. Huru-hara jadinya. Selang 2 minggu arwah atok Bacha meninggal, arwah atok ayah pulak menyusul. Aii masa tu dengan sakit teruknya. Dann kedua-dua arwah atok aii , aii tak dapat ikut g pengkebumiaan. Sedih sangat-sangat! Dan aii redha, redha dengan semua takdir. Lepas arwah atok bacha (21/07/16) & atok ayah (31/07/16) meninggal, aii terpaksa berhenti kolej. Yaa, berhenti kolej bukan sebab down dua orang kesayangan pergi tapi kerana sakit 'itu' . Dannnn sekarang aii jadi penganggur terhormat. Nak belajar tapi PTPTN dah sangkut 13K bersamaan 2 Semester pengajian. Sedihnya sampai sekarang terasa tau!. Dahlah tak sempat habis belajar pun lepas tu mendapat pulak 13K tu. Tapi, aii percaya pada kifarah Allah SWT, hidup kita ni tak sentiasa indah bila gembira diatas penderitaan orang lain. Takpelah mungkin tempat tu tak sesuai untuk aii. Dan sekali lagi aii terpaksa mengajar hati dan diri aii untuk redha dengan takdir Allah SWT. Siapa tau nanti aii lagi berjaya daripada orang lain dan dapat sambung belajar balik. Allahumma Aamiin.
Kay lahh. Sampai sini je lah perkongsiaan aii. Tata!
~Nadiatul_Asyikin~